BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 June 2009

SOLAT TAHAJJUD

"allahumma inna nas aluka salamatan fiddin,wa'a fiyatan fil jasad,waziadatan fil ilmi,wabarakatan fil rizki,wa taubatan qoblal maut,wa rahmatan indal maut,wa makrifatan ba'dal maut,allahumma hawwin alaina fi sakaratil maut wan najata minannar,wal afwa indal hisab.."


melalui penjelasan tersebut,ia telah banyak memberi iktibar kepada para jemaah..satu bahagian yang menjelaskan bahawa mengapa kita susah nak bangun pada 1 per 3 malam untuk menunaikan solat tahajjud.sedangkan,solat tahajjud boleh memberi kekuatan dalaman kepada kita supaya mengerjakan tugas kita sebagai pekerja atau pelajar pada siang hari.

kebanyakan ibu bapa memberi hujah bahawa jika seseorang itu bangun untuk menunaikan solat tahajjud,ia boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk pada siang hari.tetapi hujah ini boleh ditolak.

seperti yang kita sedia maklum,baru-baru ini,seorang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang dalam spm iaitu 20A.seorang pelajar yang miskin dan rumahnya hampir roboh,tetapi,dia dapat hidup berdikari dan cemerlang dalampeperiksaan..dia mengatakan bahawa dia bangun pada waktu malam untuk memunaikan solat tahajjud dan dalam masa yang sama mengulangkaji pelajaran.dia juga mengatakan bahawa jika dia kekurangan makanan,dia akan berpuasa sunat isnin dan khamis..

melalui kisah ini,pelajar ini telah membuktikan bahawa solat tahajjud tidak menghalangnya untuk mencapai kecemerlangan..

ustaz tersebut telah menyatakan beberapa faktor mengapa kita payah sangat nak bangun malam.
1)mata
-mungkin ALLAH tidak memberi kita hidayah untuk bangun malam kerana mata.ini mungkin disebabkan kita tidak menjaga mata kita pada siang hari seperti melihat benda yang berunsur negatif,maksiat dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mata kita.

2)telinga
-ini tidak perlu diterangkan kerana kita tahu jika kita mendengar perkara yang tidak berfaedah,ia juga boleh menyebabkan kita susah bangun malam..sebagai contoh,apabila seseorang itu terdengar bacaan quran,dia cepat2 menukar stesen radio kerana enggan mendengarnya.dan bacaan quran itu diganti dengan lagu2 yang bersifat kecintaan dunia.ini sering berlaku dalam komuniti islam sekarang..

3)mulut
-mungkin ALLAH tidak membangunkan kita atas sebab ini..mulut kita sering berbicara tentang sesuatu yang tidak mendatangkan faedah seperti mengumpat dan sebagainya..ini sering diperkatakan oleh guru2 kita di sekolah..jadi,ini tidak perlu diterangkan lagi.


*melalui sedikit ilmu ini,saya berharap ia boleh menjadi peringatan kepada kita dan juga kepada saya supaya menjaga anggota tubuh badan kita dari terlibat kepada sesuatu yang negatif..marilah kita bersama sama menjaga perlakuan kita supaya kita boleh mendekatkan diri kita kepada ALLAH iaitu dengan solat tahajjud..ia banyak memberi kebaikan kepada kita semua..insyaALLAH,mudah mudahan kita diberi hidayah oleh ALLAH supaya kita boleh menambahkan halawatul iman(kemanisan iman)kita..

Tuesday 9 June 2009

LOVE..


LOVE
Slowly you come into my life
Deeply you encompass me
Simply you enchant me
Fairly you glow me
Tenderly you call me
Carefully you select me
Strongly you hold me
Nicely you tell me
That you love me
truly, deeply, madly
And captivates me with your true,
crazy love
I wish i could behold you,
being my better half
In this world and there to come..

Sunday 7 June 2009

CIRI WANITA IDAMAN

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah

AKHLAK SEORANG MUSLIM

Pernahkah terlintas, adakah aku berakhlak dengan akhlak islam? Sudahkah aku islam sepenuhnya? Atau masih lagi perlu dididik dan juga mendidik?

"Aku telah mengucapkan dua kalimah syahadah. Mengesakan AllahSWT dan mengakui Rasulullah SAW pesuruh Allah."

"Aku solat 5 waktu sehari semalam. Kadang-kala lebih-lebih pula."

"Aku juga berpuasa di bulan Ramadhan. Tidak sekali meninggalkannya selagi tiada ke'uzuran yang meringankan."

"Aku membayar zakat. Tak pernah terlepas dan tak pula merasa beban."

"Aku mahu menunaikan fardhu haji di Mekah. Cukuplah sekali sepanjang usia."

Berpegang pada 5 rukun islam adalah wajib. Tetapi, ada lagi aspek kehidupan yang perlu dipertimbangkan. Pergaulan dengan masyarakat contohnya. Sesungguhnya, manusia adalah makhluk Allah yang sosial. Perlu pada perhubungan sesama manusia. Perlu berkomunikasi.

Benarlah, Islam itu agama yang syumul. Melengkapi semua segi kehidupan. Termasuklah dari sudut akhlak. Rasulullah SAW juga diutuskan untuk seluruh umat.

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."

Akhlak itu merupakan tanda keimanan seseorang kerana akhlak yang baik adalah hasil daripada keimanan yang tersemat di hati. Namun, ramai manusia telah lupa perkaitan penting antara islam dan akhlak. Pada mereka, akhlak haruslah mengikut zaman dan masyarakat. Akhlak yang baik dan sempurna diukur mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh manusia sendiri, tidak lagi mengikut perintah Allah SWt dan Nabi SAW.

Fathi Yakan, dalam bukunya (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) mewar-warkan hubungan penting antara akhlak dan agama. Rasulullah SAW ditanya tentang apakah itu agama? Baginda menjawab kemuliaan akhlak manakala apabila ditanya apakah itu kejahatan? Jawab baginda SAW adalah akhlak yang buruk.

Melihat dari sudut 'ibadah, Islam secara halus mengajar manusia untuk berakhlak dengan akhlak islam. Contohnya, bepuasa mengajar manusia untuk patuh dan ta'at pada perintah Allah SWT. Patuh kepada perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa juga adalah bukti islam mendidik kita dengan akhlak islamiyah. Kesimpulannya, setiap apa yang kita lakukan adalah islam. Akhlak seharian kita juga adalah islam. Patuh pada sunnatullah.

* bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat
* memelihara penglihatan
* memelihara lidah
* bersifat pemalu
* bersifat lemah-lembut dan sabar
* bersifat benar
* bersifat tawaduk
* menjauhi sangka buruk dan mengumpat
* bermurah hati.

*Untuk penjelasan lanjut dan pemahaman mendalam, sila rujuk buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam ditulis oleh Fathi Yakan.

Sudah cukupkah aku mengamalkannya? Terasa masih lagi ada rompong, belum cukup. Namun, janganlah kita terlalu memaksa diri mencapai kesempurnaan hakiki kerana itu adalah suatu yang mustahil melainkan dengan kehendak Allah SWT. Sesungguhnya, setiap makhluk Allah ada kelemahan tambah-tambah lagi kita sebagai manusia yang dikurniakan 'akal.

Apa yang lebih utama adalah usaha dan ikhtiar. Natijahnya, terpulanglah kepada Allah SWT. Sungguh, hati ini milik-Nya dan Dia-lah berkuasa membolak-balikkan hati manusia.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."(Surah al-Baqarah 2: 208)

Thursday 4 June 2009

KEMBARA..

hari ini,sy tlh mengikuti kembara berjalan kaki dari sukma ria ke pasir panjang..program ini disertai oleh 26 org lelaki dan 11 org perempuan dari pelbagai sekolah seperti tunaz,kolej abdillah dan star..kami memulakan perjalanan kira2 jam 9 pagi dan berakhir kira2 jam 12 tengah hari..mungkin lebih dari 10km)

sesudah sampai di sana,kami berehat di bawah pokok sambil dijamu dengan nasi goreng..x tau lak sape yg buat nasi goreng ni..selepas itu,kami solat zohor secara berjemaah di masjid yang berdekatan..sesudah itu,kami diberi penghayatan(??) dan kami diberi peluang untuk mengisi masa terluang dengan beberapa permainan seperti main bola,main polis2(hehe), dan bermacam macam lagi..

kira2 jam 4 petang,kami berseia untuk pulang..kali ini,kami tidak berjalan kaki lagi(x larat)..kami dihantar pulang menggunakan kereta..sy telah menemui beberapa rg rakan sy di sana..cikgu sekolah lama pun jumpe gak..hee..

btw,best giler la kembara hari ni..(wlpn letih)