BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 June 2009

SOLAT TAHAJJUD

"allahumma inna nas aluka salamatan fiddin,wa'a fiyatan fil jasad,waziadatan fil ilmi,wabarakatan fil rizki,wa taubatan qoblal maut,wa rahmatan indal maut,wa makrifatan ba'dal maut,allahumma hawwin alaina fi sakaratil maut wan najata minannar,wal afwa indal hisab.."


melalui penjelasan tersebut,ia telah banyak memberi iktibar kepada para jemaah..satu bahagian yang menjelaskan bahawa mengapa kita susah nak bangun pada 1 per 3 malam untuk menunaikan solat tahajjud.sedangkan,solat tahajjud boleh memberi kekuatan dalaman kepada kita supaya mengerjakan tugas kita sebagai pekerja atau pelajar pada siang hari.

kebanyakan ibu bapa memberi hujah bahawa jika seseorang itu bangun untuk menunaikan solat tahajjud,ia boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk pada siang hari.tetapi hujah ini boleh ditolak.

seperti yang kita sedia maklum,baru-baru ini,seorang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang dalam spm iaitu 20A.seorang pelajar yang miskin dan rumahnya hampir roboh,tetapi,dia dapat hidup berdikari dan cemerlang dalampeperiksaan..dia mengatakan bahawa dia bangun pada waktu malam untuk memunaikan solat tahajjud dan dalam masa yang sama mengulangkaji pelajaran.dia juga mengatakan bahawa jika dia kekurangan makanan,dia akan berpuasa sunat isnin dan khamis..

melalui kisah ini,pelajar ini telah membuktikan bahawa solat tahajjud tidak menghalangnya untuk mencapai kecemerlangan..

ustaz tersebut telah menyatakan beberapa faktor mengapa kita payah sangat nak bangun malam.
1)mata
-mungkin ALLAH tidak memberi kita hidayah untuk bangun malam kerana mata.ini mungkin disebabkan kita tidak menjaga mata kita pada siang hari seperti melihat benda yang berunsur negatif,maksiat dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mata kita.

2)telinga
-ini tidak perlu diterangkan kerana kita tahu jika kita mendengar perkara yang tidak berfaedah,ia juga boleh menyebabkan kita susah bangun malam..sebagai contoh,apabila seseorang itu terdengar bacaan quran,dia cepat2 menukar stesen radio kerana enggan mendengarnya.dan bacaan quran itu diganti dengan lagu2 yang bersifat kecintaan dunia.ini sering berlaku dalam komuniti islam sekarang..

3)mulut
-mungkin ALLAH tidak membangunkan kita atas sebab ini..mulut kita sering berbicara tentang sesuatu yang tidak mendatangkan faedah seperti mengumpat dan sebagainya..ini sering diperkatakan oleh guru2 kita di sekolah..jadi,ini tidak perlu diterangkan lagi.


*melalui sedikit ilmu ini,saya berharap ia boleh menjadi peringatan kepada kita dan juga kepada saya supaya menjaga anggota tubuh badan kita dari terlibat kepada sesuatu yang negatif..marilah kita bersama sama menjaga perlakuan kita supaya kita boleh mendekatkan diri kita kepada ALLAH iaitu dengan solat tahajjud..ia banyak memberi kebaikan kepada kita semua..insyaALLAH,mudah mudahan kita diberi hidayah oleh ALLAH supaya kita boleh menambahkan halawatul iman(kemanisan iman)kita..

Tuesday 9 June 2009

LOVE..


LOVE
Slowly you come into my life
Deeply you encompass me
Simply you enchant me
Fairly you glow me
Tenderly you call me
Carefully you select me
Strongly you hold me
Nicely you tell me
That you love me
truly, deeply, madly
And captivates me with your true,
crazy love
I wish i could behold you,
being my better half
In this world and there to come..

Sunday 7 June 2009

CIRI WANITA IDAMAN

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah

AKHLAK SEORANG MUSLIM

Pernahkah terlintas, adakah aku berakhlak dengan akhlak islam? Sudahkah aku islam sepenuhnya? Atau masih lagi perlu dididik dan juga mendidik?

"Aku telah mengucapkan dua kalimah syahadah. Mengesakan AllahSWT dan mengakui Rasulullah SAW pesuruh Allah."

"Aku solat 5 waktu sehari semalam. Kadang-kala lebih-lebih pula."

"Aku juga berpuasa di bulan Ramadhan. Tidak sekali meninggalkannya selagi tiada ke'uzuran yang meringankan."

"Aku membayar zakat. Tak pernah terlepas dan tak pula merasa beban."

"Aku mahu menunaikan fardhu haji di Mekah. Cukuplah sekali sepanjang usia."

Berpegang pada 5 rukun islam adalah wajib. Tetapi, ada lagi aspek kehidupan yang perlu dipertimbangkan. Pergaulan dengan masyarakat contohnya. Sesungguhnya, manusia adalah makhluk Allah yang sosial. Perlu pada perhubungan sesama manusia. Perlu berkomunikasi.

Benarlah, Islam itu agama yang syumul. Melengkapi semua segi kehidupan. Termasuklah dari sudut akhlak. Rasulullah SAW juga diutuskan untuk seluruh umat.

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak."

Akhlak itu merupakan tanda keimanan seseorang kerana akhlak yang baik adalah hasil daripada keimanan yang tersemat di hati. Namun, ramai manusia telah lupa perkaitan penting antara islam dan akhlak. Pada mereka, akhlak haruslah mengikut zaman dan masyarakat. Akhlak yang baik dan sempurna diukur mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh manusia sendiri, tidak lagi mengikut perintah Allah SWt dan Nabi SAW.

Fathi Yakan, dalam bukunya (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) mewar-warkan hubungan penting antara akhlak dan agama. Rasulullah SAW ditanya tentang apakah itu agama? Baginda menjawab kemuliaan akhlak manakala apabila ditanya apakah itu kejahatan? Jawab baginda SAW adalah akhlak yang buruk.

Melihat dari sudut 'ibadah, Islam secara halus mengajar manusia untuk berakhlak dengan akhlak islam. Contohnya, bepuasa mengajar manusia untuk patuh dan ta'at pada perintah Allah SWT. Patuh kepada perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa juga adalah bukti islam mendidik kita dengan akhlak islamiyah. Kesimpulannya, setiap apa yang kita lakukan adalah islam. Akhlak seharian kita juga adalah islam. Patuh pada sunnatullah.

* bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat
* memelihara penglihatan
* memelihara lidah
* bersifat pemalu
* bersifat lemah-lembut dan sabar
* bersifat benar
* bersifat tawaduk
* menjauhi sangka buruk dan mengumpat
* bermurah hati.

*Untuk penjelasan lanjut dan pemahaman mendalam, sila rujuk buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam ditulis oleh Fathi Yakan.

Sudah cukupkah aku mengamalkannya? Terasa masih lagi ada rompong, belum cukup. Namun, janganlah kita terlalu memaksa diri mencapai kesempurnaan hakiki kerana itu adalah suatu yang mustahil melainkan dengan kehendak Allah SWT. Sesungguhnya, setiap makhluk Allah ada kelemahan tambah-tambah lagi kita sebagai manusia yang dikurniakan 'akal.

Apa yang lebih utama adalah usaha dan ikhtiar. Natijahnya, terpulanglah kepada Allah SWT. Sungguh, hati ini milik-Nya dan Dia-lah berkuasa membolak-balikkan hati manusia.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."(Surah al-Baqarah 2: 208)

Thursday 4 June 2009

KEMBARA..

hari ini,sy tlh mengikuti kembara berjalan kaki dari sukma ria ke pasir panjang..program ini disertai oleh 26 org lelaki dan 11 org perempuan dari pelbagai sekolah seperti tunaz,kolej abdillah dan star..kami memulakan perjalanan kira2 jam 9 pagi dan berakhir kira2 jam 12 tengah hari..mungkin lebih dari 10km)

sesudah sampai di sana,kami berehat di bawah pokok sambil dijamu dengan nasi goreng..x tau lak sape yg buat nasi goreng ni..selepas itu,kami solat zohor secara berjemaah di masjid yang berdekatan..sesudah itu,kami diberi penghayatan(??) dan kami diberi peluang untuk mengisi masa terluang dengan beberapa permainan seperti main bola,main polis2(hehe), dan bermacam macam lagi..

kira2 jam 4 petang,kami berseia untuk pulang..kali ini,kami tidak berjalan kaki lagi(x larat)..kami dihantar pulang menggunakan kereta..sy telah menemui beberapa rg rakan sy di sana..cikgu sekolah lama pun jumpe gak..hee..

btw,best giler la kembara hari ni..(wlpn letih)

Sunday 17 May 2009

CINTA ITU DI HATI

Cinta adalah fitrah hati
Lahir tanpa diminta dan dipaksa
Namun Tuhan sentiasa menguji
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cintailah yang di hati
Itu cinta hakiki
Jangan cinta hanya nafsu
Itu cinta palsu yang melulu

Betapa bahagia cintakan Tuhan
Bagai bunga yang mewangi kehidupan
Tiada waktu dan jarak memisah
Kembara rasa tidak bernoktah

Betapa derita korban cinta
Bila nafsu menjadi taruhan
Jiwa gelisah bila terpisah
Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah sesiapa sahaja
Asal wadahnya cinta Allah
Hati tidak resah
Jiwa tidak akan gelisah
Jauh terhubung rindu
Dekat terikat padu

TAZKIRAH UNTUKKU

seandainya dirimu tidak mampu menjadi lilin yang menerangkan cahaya,maka janganlah pula kamu menjadi hembusan angin yang memadamkan cahaya..Kikislah kekecewaan didalam sanubarimu dan tegakkanlah ketuanan Islam yang sejati..

kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,puas kita menangis mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

don't walk in front of me,i won't follow.don't walk behind,i may not lead.walk beside me,be my friends forever

mengingati teman tanda persahabatan,mengingati mati sumber keteguhan iman,mengingati akhirat semulia-mulia ingatan &mengingati Allah nadi ketenangan...

pesan Lukman al-hakim kpd anaknya "jika ada 5 perkara terhimpun dalam diri seseorang iaitu agama,harta,rasa malu,akhlak yang baik & kedermawanan,maka ia adalah suci,bertakwa,kekasih Allah dan terhindar dari syatian"

CIRI-CIRI ADAB MUSLIM

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR


1- Awal-awal pagi setelah terbit matahari. (Waktu solat sunat Isyraq).

2- Selepas masuk waktu ‘Asar.

3- Baru selepas makan.

4- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.



CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR



1- Bersihkan tubuh badan, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur atau sunat dahulukan dengan berwuduk.

2- Hindarkan dari tidur pada lewat malam.

3- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah bangun dari tidur dan sebelum turun dari katil.

4- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan, tetapi jangan minum selepas saja baru bangun dari tidur.

5- Cucilah muka terutamanya kelopak mata dengan air suam.

6- Ambil lah wuduk dan bersembahyang sunat.



BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Di larang tidur di siang hari kecuali di hari yang panas , boleh menyebabkan :

1- Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.

2- Merosakkan warna kulit.

3- Melemahkan jantung.

4- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.

5- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga Syahwat.

6- Melemahkan kecerdasan fikiran.



DOA SEBELUM TIDUR

Cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah saw :

1- Tidurlah di awal malam, sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10:00 atau 11:00 malam dengan berwuduk.

2- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1:00 atau 2:00 pagi kemudian, sunat bersugi, berwuduk dan sembahyang sunat Tahajjud.

3- Kemudian tidurlah semula, dan bangkitlah sebelum terbit fajar (solat fardhu Subuh).

4- Cara tidur ialah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.



WAKTU-WAKTU YANG DI LARANG MEMINUM AIR

Seboleh-bolehnya jangan meminum air di waktu-waktu berikut:

1- Selepas baru bersenam, bersukan atau bekerja berat (rehat sekejap 5 minit).

2- Selepas baru bersetubuh.

3- Selepas makan atau sebelumnya.

4- Ketika sedang makan.

5- Selepas memakan buah-buahan.

6- Selepas keluar daripada bilik mandi.

7- Ketika terjaga daripada tidur.



SUPAYA AIR YANG DI MINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK TUBUH BADAN.

1- Minumlah segelas air dengan 3 kali minum (seteguk).

2- Jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya.

3- Jangan meniup air yang hendak di minumkan.



LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1- Di larang keras terus tidur selepas makan kerana akan mendatangkan keras hati.

2- Hendaklah berjalan selepas makan sekurang-kurangnya 40 langkah.

3- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang sunat dahulu selepas makan tengahari supaya makanan mudah hadam.

HARGA SEBUAH IMAN

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".


Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

BENTUK AKHLAK

Bentuk-bentuk Akhlak dengan Allah :

1.Mengenal Allah dengan yakin
2.Merasakan kebesaran Allah
3.Merasa takut dengan siksaan Allah
4.Merasa senantiasa diawasi Allah
5.Merasa rendah diri terhadap Allah
6.Meredhai setiap takdir dan ketentuan-Nya
7.Sabar atas ujian Allah
8.Mencintai Allah lebih dari pada yang lain dan selalu mengingat-Nya
9.Tawakal kepada Allah dan mengaharapkan rahmat-Nya
10.Rindu kepada surga dan pertemuannya dengan Allah =)

ELAK BERSALAM DENGAN BUKAN MUHRIM

1. Bila menerima sijil atau anugerah,penyampai anugerah itu bukan muhrim,dan dia menghulurkan tangan.

2. Bila kita melawat rumah orang, dan tuan rumah menghulurkan tangan.

3. Bila tetamu datang, dan dia menghulurkan tangan.

Dalam semua kes, kita menghadapi dilema apabila orang yang bukan muhrim menghulurkan tangan untuk berjabat.Kita mesti terfikir “alamak knape dia hulur ni”, dan kita perlu membuat split second keputusan samada mahu salam untuk menyenangkan hati dia,atau enggan salam untuk menjaga hubungan dengan Allah azza wa Jalla.Tetapi jangan kalau dia tak hulur,kita hulur pula!!hehe..



Ini adalah beberapa tips saya mahu kongsi bersama untuk mengelakkan kita berjabat tangan dengan bukan muhrim.

1. Apabila mendekati tetamu, letakkan tangan di belakang anda. Ini merupakan signal pertama bahawasanya kita tidak mahu bersalam.

2. Tetapi jika dia tetap hulur, kata kat dia “maaf tuan/puan, saya ada airsembahyang” (walaupun xda wudhu’,bantai jak ckp, lebih baik tipu demi menjaga kesucian kita)

3. Selalunya dia kata “owh it’s ok”.

4. Tetapi jika dia tetap berdegil,kata kat dia “tak nak!!” (kpd sesiapayang berani sahaja)haha..

5. kalau terdesak sangat,panjangkan lengan baju sampai menutupi tangan, dan salam lah.

Ini merupakan beberapa langkah untukmengelakkan berjabat tangan secara BERHIKMAH. Tetapi kalau anda seorang yang sangat kuat imannya, boleh juga elak jabat+dakwah dia terus.

“Maaf tuan/puan, HARAM!”

Bergantunglah kepada keupayaan kita.Semoga kita dapat mengaplikasikan cara ini demi ALLAH S.W.T..AMIN..=)

SAYANGILAH SAUDARAMU SEPERTI KAMU SAYANGKAN DIRIMU SENDIRI

Daripada hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi..." حب لأخيكَ ما تحِبُّ لنفسكَ " yang bermaksud: "sayangilah saudara kamu seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri".allauhumma salli wasallim alaik...

kesimpulanya dapatlah kita mengambil pengajaran dan hikmah daripada hadis tersebut..betapa pentingnya kita menyangi saudara kita sebagaimana diri kita sendiri..

Apabila diri kita sakit kita merasainya,apabila kita berduka kita merasai kedukaannya,apabila kita senang kita bahagia,apabila kita sedih kita terasa kepedihanya..jadi begitu jugalah la saudara kita..apabila dia sedih,duka,gembira,bahagia kita turut merasainya..jangan biarkan saudara kita hanyut dibuai arus kesenangan dan kemewahan dunia semata-mata..kita la sebagai daa'ii dan mad'uu d muka bumi ALLAH S.W.T mempunyai akar yg kuat untuk mengikat ukhwah persaudaraan kita sesama umat islam kerana ALLAH S.W.T..

Kemaslakhatan diri kita adalah kemaslahatan kita semua..(amin)cuba kita fikirkan mumkin kita dapat berkongsi dan memberi fakrah yang membina bagaimana kita memperbaiki hubungan persaudaran se-islam antara kita..akhir zaman ini kita suda semakin lupa dan alpa ikatan persaudaraan yang dulunya kukuh kini suda semakin hilang kekuatannya..

sampai bila kita biarkan dan masih lalai dengan mehna dunia yang kian mencabar..inilah hadaf orang-orang kafir untuk menghancurkan agama islam dengan cara menghapuskan perasaan cinta dan sayang kita pada agama islam tercinta.. ukhwah yang kuat ini merupakan senjata utama kita untuk menghapuskan orang-orang kafir laknatullah.INSYAALLAH..Peace..!!!

Saturday 16 May 2009

KEHIDUPANKU..

Hmm..today,xda buat apa2 sangat.Pegi tuisyen,best jugak..tapi ngantok..ala..biase la..bangun awal pagi,mesti ngantok waktu tengah hari..

hari ni pon boring giler..terkejut jugak ari nih.kawan sekolah lama sama tuisyen la..name dia abang ali zaki..heran pon ade..tapi,xpe la..

hmm..fikiran aku tengah bercelaru la..hati aku pon sama..hepy ade,kecewa,sedih n mcm2 lagi..aku ada suka sumone..tapi x nak r cakap sape dia..kalau nak tau,tanye sendiri ar..dia x tau pon aku suka dia..hehe..xpe kan kalau kita suka sumone??..sebab itu fitrah semulajadi.xde sorang pon yang boleh lari darinya.


hmm..boring gilerrrrr....bila lagi nak start hafaz surah yassin n sajadah?walaupun lame lagi ujian,tapi kita mesti bersedia..cuma masa je..xpe ar..aku baru hafaz 10 ayat dari surah yassin n sajadah..tu pun waktu form 3..Alhamdulillah,sekarang ni pun masih ingat lagi ayat tu.

ape lagi aaa??

...
...

PAKAIAN WANITA ISLAM

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.Rasulullah saw bersabda :Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

MANFAAT MEMBACA BASMALLAH

Basmallah,sebuah kalimat yang tidak asing di telinga dan lisan seseorang muslim.Bismillah diucapkan ketika memulai setiap perkara yang bermanfaat.Zikir ini mengandungi keutamaan,di antaranya adalah;

TERLINDUNG DARIPADA SYAITAN

Sabda Rasulullah s.a.w..
''Apabila salah seorang masuk ke rumahnya dan mengingat Allah(berzikir)ketika masuk dan ketika makan,maka syaitan itu berkata"tidak ada tempat istirehat dan makan malam untuk kalian".Dan apabila apabila ia masuk dan tidak mengingat Allah ketika masuk,maka syaitan berkata"kalian telah mendapat tempat istirehat"
Dan apabila ia tidak mengingat Allah ketika makan,maka ia berkata"kalian mendapatkan istirehat dan makan malam.
(Hadis riwayat Muslim)

Imam Nawawi berkata,"Dengan demikian disunnahkan untuk mengingat Allah ketika ia masuk rumah dan makan".

MENYEMPURNAKAN KEBERKATAN

Dengan bismillah akan dapat menyempurnakan keberkatan pada amal.
Rasulullah s.a.w bersabda;

"Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan bismillah(dalam riwayat lain;dengan mengingat Allah),maka amalan tersebut terputus(kurang)keberkatan dari Allah".

DILINDUNGI ALLAH DARI GANGGUAN JIN

Sabda Rasulullah s.a.w
"Penghalang antara mata jin dan aurat Bani Adam,apabila salah seorang dari mereka melepaskan pakaiannya,ialah membaca bismillah".

PENGALAMAN NYATA

Ketika Khalid bin Al-Walid ditimpa kebimbangan,mereka berkata kepadanya.''Berhati-hatilah dengan racun.Jangan sampai orang asing memberikan minum padamu".Maka ia berkata."Berikanlah kepadaku".Dan ia pun mengambil dengan tangannya dan membaca "Bismillah" lalu ia meminumnya.Maka sedkitpun tidak memberikan bahaya kepadanya.

HADIS PALSU

''hubbul wathoni minal iman''
(cinta tanah air sebahagian daripada iman)

Hadis ini maudhu'(palsu).
Demikian penilaian ash-Shaghani.Dari sisi makna pula tidak tepat.Kerana cinta tanah air,seperti kecintaan jiwa raga,harta dan lainnya,bersifat bawaan kepada diri manusia.Hingga tidak menyebabkan seseorang itu dipuji kerananya.Begitu pula,cinta tanah air tersebut tidak termasuk lawazim(tuntutan) keimanan.Bukankah manusia secara umumnya mempunyai perasaan sama dalam masalah ini?Tidak ada perbezaan antara orang mukmin dan kafir.

PENGERTIAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH

sabda Rasulullah saw..
''setiap ciptaan Allah itu ada baiknya''

Nabi ketika melaknat wanita yang mentatu,meminta ditatu,mencabut bulu alis dan memperbaiki susunan giginya,beliau mensifati mereka dengan sifat ''yang melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah''

Jadi,setiap usaha merubah ciptaan Allah yang baik supaya nampak lebih cantik masuk ke dalam konteks larangan ini.

Akan tetapi,misalnya seseorang itu telah terbakar salah satu bahagian tubuhnya,contohnya tangan,wajah atau kulit,keadaan ini menampakkan keadaannya tidak normal,tidak seperti berfungsi seperti yang asal,lalu dia melakukan pembedahan,maka tindakan ini tidak termasuk dalam kategori taghyir khalqillah(merubah ciptaan Allah yang terlarang).

Atau seseorang,maaf,giginya jungang ke depan,hingga susah baginya untuk makan,berbicara atau mengeluarkan huruf-huruf dari makhraj-makhrajnya(tempat-tempatnya).Apabila dia melakukan pembedahan untuk menormalkannya bukan diniatkan tajammul(memperbaik penampilan),supaya boleh bercakap dengan betul,maka hukumnya boleh.

Akan tetapi,kita tidak boleh melakukan apa sahaja yang berkembang di kalangan orang-orang kafir dan sebahagian kaum muslimin.Misalnya,hidung yang kemek,ingin diubah menjadi mancung,supaya mirip dengan hidung orang barat,lalu melakukan pembedahan,maka hukumnya tidak boleh.

Namun,jika hidung yang kemek ini menyebabkan seseorang itu sukar bernafas,dan terpaksa bernafas melalui mulut dan akan menyebabkan rasa sakit,kemudian membuat pembedahan supaya pernafasannya normal,ini boleh.

Jadi,terdapat perbezaan antara pembedahan plastik yang diharamkan dengan pembedahan plastik yang dibolehkan,iaitu untuk menormalkan fungsi anggota tubuh disebabkan terbakar atau sebagainya.Wallahu a'lam.