BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 June 2009

SOLAT TAHAJJUD

"allahumma inna nas aluka salamatan fiddin,wa'a fiyatan fil jasad,waziadatan fil ilmi,wabarakatan fil rizki,wa taubatan qoblal maut,wa rahmatan indal maut,wa makrifatan ba'dal maut,allahumma hawwin alaina fi sakaratil maut wan najata minannar,wal afwa indal hisab.."


melalui penjelasan tersebut,ia telah banyak memberi iktibar kepada para jemaah..satu bahagian yang menjelaskan bahawa mengapa kita susah nak bangun pada 1 per 3 malam untuk menunaikan solat tahajjud.sedangkan,solat tahajjud boleh memberi kekuatan dalaman kepada kita supaya mengerjakan tugas kita sebagai pekerja atau pelajar pada siang hari.

kebanyakan ibu bapa memberi hujah bahawa jika seseorang itu bangun untuk menunaikan solat tahajjud,ia boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk pada siang hari.tetapi hujah ini boleh ditolak.

seperti yang kita sedia maklum,baru-baru ini,seorang pelajar telah mendapat keputusan cemerlang dalam spm iaitu 20A.seorang pelajar yang miskin dan rumahnya hampir roboh,tetapi,dia dapat hidup berdikari dan cemerlang dalampeperiksaan..dia mengatakan bahawa dia bangun pada waktu malam untuk memunaikan solat tahajjud dan dalam masa yang sama mengulangkaji pelajaran.dia juga mengatakan bahawa jika dia kekurangan makanan,dia akan berpuasa sunat isnin dan khamis..

melalui kisah ini,pelajar ini telah membuktikan bahawa solat tahajjud tidak menghalangnya untuk mencapai kecemerlangan..

ustaz tersebut telah menyatakan beberapa faktor mengapa kita payah sangat nak bangun malam.
1)mata
-mungkin ALLAH tidak memberi kita hidayah untuk bangun malam kerana mata.ini mungkin disebabkan kita tidak menjaga mata kita pada siang hari seperti melihat benda yang berunsur negatif,maksiat dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mata kita.

2)telinga
-ini tidak perlu diterangkan kerana kita tahu jika kita mendengar perkara yang tidak berfaedah,ia juga boleh menyebabkan kita susah bangun malam..sebagai contoh,apabila seseorang itu terdengar bacaan quran,dia cepat2 menukar stesen radio kerana enggan mendengarnya.dan bacaan quran itu diganti dengan lagu2 yang bersifat kecintaan dunia.ini sering berlaku dalam komuniti islam sekarang..

3)mulut
-mungkin ALLAH tidak membangunkan kita atas sebab ini..mulut kita sering berbicara tentang sesuatu yang tidak mendatangkan faedah seperti mengumpat dan sebagainya..ini sering diperkatakan oleh guru2 kita di sekolah..jadi,ini tidak perlu diterangkan lagi.


*melalui sedikit ilmu ini,saya berharap ia boleh menjadi peringatan kepada kita dan juga kepada saya supaya menjaga anggota tubuh badan kita dari terlibat kepada sesuatu yang negatif..marilah kita bersama sama menjaga perlakuan kita supaya kita boleh mendekatkan diri kita kepada ALLAH iaitu dengan solat tahajjud..ia banyak memberi kebaikan kepada kita semua..insyaALLAH,mudah mudahan kita diberi hidayah oleh ALLAH supaya kita boleh menambahkan halawatul iman(kemanisan iman)kita..

0 comments: