BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 16 May 2009

PENGERTIAN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH

sabda Rasulullah saw..
''setiap ciptaan Allah itu ada baiknya''

Nabi ketika melaknat wanita yang mentatu,meminta ditatu,mencabut bulu alis dan memperbaiki susunan giginya,beliau mensifati mereka dengan sifat ''yang melakukan perubahan terhadap ciptaan Allah''

Jadi,setiap usaha merubah ciptaan Allah yang baik supaya nampak lebih cantik masuk ke dalam konteks larangan ini.

Akan tetapi,misalnya seseorang itu telah terbakar salah satu bahagian tubuhnya,contohnya tangan,wajah atau kulit,keadaan ini menampakkan keadaannya tidak normal,tidak seperti berfungsi seperti yang asal,lalu dia melakukan pembedahan,maka tindakan ini tidak termasuk dalam kategori taghyir khalqillah(merubah ciptaan Allah yang terlarang).

Atau seseorang,maaf,giginya jungang ke depan,hingga susah baginya untuk makan,berbicara atau mengeluarkan huruf-huruf dari makhraj-makhrajnya(tempat-tempatnya).Apabila dia melakukan pembedahan untuk menormalkannya bukan diniatkan tajammul(memperbaik penampilan),supaya boleh bercakap dengan betul,maka hukumnya boleh.

Akan tetapi,kita tidak boleh melakukan apa sahaja yang berkembang di kalangan orang-orang kafir dan sebahagian kaum muslimin.Misalnya,hidung yang kemek,ingin diubah menjadi mancung,supaya mirip dengan hidung orang barat,lalu melakukan pembedahan,maka hukumnya tidak boleh.

Namun,jika hidung yang kemek ini menyebabkan seseorang itu sukar bernafas,dan terpaksa bernafas melalui mulut dan akan menyebabkan rasa sakit,kemudian membuat pembedahan supaya pernafasannya normal,ini boleh.

Jadi,terdapat perbezaan antara pembedahan plastik yang diharamkan dengan pembedahan plastik yang dibolehkan,iaitu untuk menormalkan fungsi anggota tubuh disebabkan terbakar atau sebagainya.Wallahu a'lam.

0 comments: